Tuesday 30 June 2020

Memperkenalkan Diri dalam Bahasa Thai

Di UKM, saya telah menyertai kelas Bahasa Thai Asas 1 dan antara tugasan yang diberikan ialah saya perlu membuat video pengenalan diri dalam Bahasa Thai.

Berikut saya kepilkan video pengenalan diri saya untuk tugasan tersebut.



Ianya merupakan satu pengalaman yang menarik bagi saya kerana saya tidak mempunyai banyak peluang untuk bercakap dalam Bahasa Thai dan tugasan ini telah memberi saya ruang untuk mengasah kemahiran bercakap saya.

Saya berharap pada masa akan datang, saya akan berpeluang untuk belajar banyak lagi kosa kata Bahasa Thai dan dapat bersembang dengan lebih lancar dan mahir